Annex Autowerkz logo

Tentang Annex

Sebuah workshop kereta independent di Kuala Terengganu yang dibina atas satu prinsip — kerja kereta sepatutnya jujur, telus, dan boleh dipercayai.

Annex Autowerkz workshop di Chendering, Kuala Terengganu

Kisah kami

Annex Autowerkz Ventures didaftarkan dengan SSM pada Februari 2023, hasil kerjasama dua partner yang membesar dengan passion automotif — Muhamad Khairi Aslah bin Zulkifle dan Syed Mohd Hafiz bin Tuan Kameran.

Kami mula dengan satu observation mudah: ramai pemilik kereta di Terengganu rasa unsure bila pergi workshop — bila ada warning light, bila dengar bunyi pelik, bila masa untuk servis. Banyak workshop quote tanpa explanation, dan tukar parts tanpa tunjukkan apa yang rosak.

Kami nak buat berbeza. Setiap kereta yang masuk Annex Autowerkz dapat inspection 25-point, quotation bertulis sebelum kerja mula, dan service report digital selepas siap. Kalau kami cadang tukar parts, kami tunjuk anda part lama itu.

Kami authorized Shell Helix OilChange+ partner, stock parts dari brand yang trusted (Brembo, Kayaba, Bosch, Continental), dan invest dalam peralatan diagnostic yang betul — bukan generic scanner murah.

Nilai kerja kami

Telus

Quotation sebelum kerja. Tunjuk part lama selepas kerja. Tiada surprise.

Berasaskan data

Diagnosis dengan scanner dan live data, bukan ikut feeling.

Parts yang trusted

OEM atau OEM-equivalent dari brand premium. Tiada China grade-B.

Maklumat syarikat

Nama syarikat
Annex Autowerkz Ventures
SSM
202303032479 (SA0592295-T)
Bentuk
Perkongsian
Beroperasi
Sejak Februari 2023
Alamat
No. A14, Bangunan MARA, Kawasan Perindustrian Chendering, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia

Ada soalan? Tanya je.

Sama ada nak tanya pasal kereta, harga, atau availability — WhatsApp kami terus. Kami balas dalam waktu operasi.